Monthly Archives: Dec 2020
Watch “Mim dan nun.” on YouTube
Watch “Harapanku kecewa.” on YouTube
Berkecai.
https://www.facebook.com/100001022016761/posts/3852767688100594/
BERKECAI SUDAH SEMUA IMPIAN
Seorang mantan Timbalan Menteri PH sebelum ini pernah menyebut bahawa, setelah mendapat kuasa, beliau dapati βpower is so delicious, and absolute power is absolutely delicious, sebab tu bila orang dah kehilangan power, ia ibarat orang yang kehilangan benda yang melazatkan.β
Ungkapan ini mungkin mahu ditujukan kepada pemimpin yang kehilangan kuasa setelah PH memerintah yang didakwa sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan kembali kuasa tetapi setelah PH pula hilang kuasa nampaknya pemimpin-pemimpin PH lebih dahsyat dalam usaha untuk kembali berkuasa.
Sehubungan dengan isu di Perak, ada yang meratib betapa parti-parti mereka sanggup bekerjasama dengan UMNO bukan kerana kuasa yang akan mereka perolehi, malah sesetengahnya menyebut mereka tidak mahukan apa-apa jawatan, tetapi kononnya kerana kepentingan rakyat.
Ada pula yang sebelumnya cukup lantang bercakap mengenai kebobrokan UMNO tetapi sudah pandai bersuara mengenai keperluan untuk berfikir dalam kerangka lebih besar dan politik berjiwa besar untuk membentuk sebuah kerajaan yang dari sudut bilangannya adalah kukuh dan stabil.
Malah ada yang sampai sanggup memuja-muji UMNO kerana dikatakan mengambil pendirian yang berani dengan sanggup menghulurkan kerjasama dengan PH sekali gus menyesuaikan diri dengan arus politik semasa di Malaysia yang menolak politik perkauman dan ekstremis agama.
Begitu juga ada yang mula mengimpikan betapa kerjasama antara partinya dengan UMNO akan mematikan persepsi negatif rakyat terhadap partinya bahawa partinya anti-Melayu dan anti-Islam dengan pengikutnya pula sampai mahu pemimpin ini memastikan βUMNO berada di bawah tapak kaki kitaβ.
Malangnya, segala cakap-cakap mengenai penjajaran politik baharu di Perak ini sudah berakhir malam tadi setelah Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan bahawa βKerajaan PN Perak yang melibatkan ADUN-ADUN UMNO, PAS dan BERSATU perlu terus dipertahankanβ.
Kesiannya mereka yang berharap, menawar dan memuji ini: Mana mahu letak muka sekarang?

Watch “Ujub.” on YouTube
Watch “Negaraku.” on YouTube
Watch “Kupang Tembaga.” on YouTube
Sejarah.
Sejarah Perit dan Getir ketika Zaman Menjadi Pembangkang, Ketika Mana pada ketika Itu Kerajaan Pakatan Harapan terdiri dari (DAP, PKR, Amanah & Bersatu) cuba meratifikasi ICERD.
Disinilah antara permulaan Rakyat Menolak Pakatan Harapan. Sejarah Tidak pernah berbohong, Jom Baca πππ
HIMPUNAN 812 RAKYAT TOLAK ICERD: BERMULANYA GERAKAN PENYATUAN UMMAH UMNO-PAS
Hari ini 8 *Disember dua tahun lalu,* berhimpunnya 1 juta ummah di Dataran Merdeka sehingga ke Masjid Jamek bagi menzahirkan *solidariti rakyat menolak ICERD.*
– Menghimbau sedikit sejarah, ia bermula apabila Menteri Luar pada waktu itu Datuk Saifuddin Abdullah (kini Menteri Komunikasi) menyatakan *dengan tegas pada bulan Ogos 2018 komitmen kerajaan PH untuk mengotakan janji Manifesto mereka bagi meratifikasi beberapa konvensyen antarabangsa termasuk ICERD* yang merupakan instrumen hak asasi manusia di bawah PBB.
– Kemudian pada *28 September 2018,* PM ke-7 Tun Dr Mahathir dalam ucapan di *Persidangan Agung PBB ke-73 sekali lagi menyatakan komitmen Malaysia untuk meratifikasi ICERD menjelang tahun 2019 sebagaimana janji Manifesto PH.*
– *Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berganding bahu buat kali pertama dengan Dewan Pemuda PAS Pusat* yang diketuai sahabat saya YB Ustaz Muhammad Khalil Haji Hadi menggerakkan *Himpunan Pertama Membantah ICERD di Sogo Kuala Lumpur pada 4 November 2018* dengan menghimpunkan *lebih 5,000 orang* dan berjanji untuk gerak ke seluruh negara secara bersama untuk *menganjurkan demonstrasi cetus kesedaran rakyat mengenai bahaya ICERD.*
– *Sepanjang November* Pemuda UMNO dan Pemuda PAS dengan kerjasama NGO *menjelajah ke setiap negeri mengadakan siri-siri demonstrasi dan himpunan menyedarkan rakyat bagi membantah ICERD*.
– Kemuncaknya pada *8 Disember 2018, UMNO, PAS dan pelbagai NGO Massa khususnya UMMAH* menganjurkan *Himpunan Rakyat Menolak ICERD yang menghimpunkan hampir 1 juta umat* di sepanjang Masjid Jamek, Jalan Tar hingga ke Dataran Merdeka KL.
Moga-moga himpunan yang “penuh bersejarah ini sentiasa terpahat dalam sabubari” bagaimana manisnya permulaan *permuafakatan jitu antara dua parti terbesar umat Islam di Malaysia UMNO dan PAS* sehingga termeterainya Piagam Muafakat Nasional setahun kemudian.
Apakah *ANDA* sebahagian daripada sejarah ini?