Sejarah.

Sejarah Perit dan Getir ketika Zaman Menjadi Pembangkang, Ketika Mana pada ketika Itu Kerajaan Pakatan Harapan terdiri dari (DAP, PKR, Amanah & Bersatu) cuba meratifikasi ICERD.

Disinilah antara permulaan Rakyat Menolak Pakatan Harapan. Sejarah Tidak pernah berbohong, Jom Baca ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

HIMPUNAN 812 RAKYAT TOLAK ICERD: BERMULANYA GERAKAN PENYATUAN UMMAH UMNO-PAS

Hari ini 8 *Disember dua tahun lalu,* berhimpunnya 1 juta ummah di Dataran Merdeka sehingga ke Masjid Jamek bagi menzahirkan *solidariti rakyat menolak ICERD.*

– Menghimbau sedikit sejarah, ia bermula apabila Menteri Luar pada waktu itu Datuk Saifuddin Abdullah (kini Menteri Komunikasi) menyatakan *dengan tegas pada bulan Ogos 2018 komitmen kerajaan PH untuk mengotakan janji Manifesto mereka bagi meratifikasi beberapa konvensyen antarabangsa termasuk ICERD* yang merupakan instrumen hak asasi manusia di bawah PBB.

– Kemudian pada *28 September 2018,* PM ke-7 Tun Dr Mahathir dalam ucapan di *Persidangan Agung PBB ke-73 sekali lagi menyatakan komitmen Malaysia untuk meratifikasi ICERD menjelang tahun 2019 sebagaimana janji Manifesto PH.*

– *Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berganding bahu buat kali pertama dengan Dewan Pemuda PAS Pusat* yang diketuai sahabat saya YB Ustaz Muhammad Khalil Haji Hadi menggerakkan *Himpunan Pertama Membantah ICERD di Sogo Kuala Lumpur pada 4 November 2018* dengan menghimpunkan *lebih 5,000 orang* dan berjanji untuk gerak ke seluruh negara secara bersama untuk *menganjurkan demonstrasi cetus kesedaran rakyat mengenai bahaya ICERD.*

– *Sepanjang November* Pemuda UMNO dan Pemuda PAS dengan kerjasama NGO *menjelajah ke setiap negeri mengadakan siri-siri demonstrasi dan himpunan menyedarkan rakyat bagi membantah ICERD*.

– Kemuncaknya pada *8 Disember 2018, UMNO, PAS dan pelbagai NGO Massa khususnya UMMAH* menganjurkan *Himpunan Rakyat Menolak ICERD yang menghimpunkan hampir 1 juta umat* di sepanjang Masjid Jamek, Jalan Tar hingga ke Dataran Merdeka KL.

Moga-moga himpunan yang “penuh bersejarah ini sentiasa terpahat dalam sabubari” bagaimana manisnya permulaan *permuafakatan jitu antara dua parti terbesar umat Islam di Malaysia UMNO dan PAS* sehingga termeterainya Piagam Muafakat Nasional setahun kemudian.

Apakah *ANDA* sebahagian daripada sejarah ini?

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s